Sunday 29 July 2012

Selamat Datang Daripada Admin!


Salam sejahtera! 

Apa khabar semua gold fans? Harap semua sihat-sihat dan OK belaka.

Firstly, selamat datang saya ucapkan kepada semua visitor HartaGold.blogspot yang sangat-sangat baru ni. Akhirnya, lepas setahun bermula dan berjinak-jinak dengan bisnes gold ni, baru sekarang dapat buat blog. Thanks for all the support dari semua!

HartaGold.blogspot ni mostly akan ceritakan pasal ANYTHING related to EMAS/GOLD. It could be berita pasal emas ke, harga emas ke, macam mana nak beli emas ke, apa-apa saja! My intention at the first place is to educate people, especially our nation about the importance of gold. Sebab saya sedar masih ramai lagi di luar sana yang still tak tahu nilai gold yang sebenarnya. Masih ramai lagi yang kat luar sana yang pandang emas hanyalah emas semata-mata, tak sedar yang emas ini lebih dari itu, sampai kan kat akhirat pun nanti kita still akan jumpa emas ni. Akhirat? Yes, you heard me right, sampai AKHIRAT! Hehe.

Dari Surah Al-Kahfi, ayat ke - 31:

 “ Mereka itu (orang-orang beriman), disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat semolek-moleknya

Dari ayat di atas, Allah sifatkan emas tu macam trophy bagi pemenang, iaitu ganjaran bagi orang yang beriman kat syurga nanti. Obviously, emas itu boleh dikatakan harta kekayaan yang ABADI hinggakan sampai ke akhirat pun nanti kita boleh jumpa emas.

Agak-agak ada ke kita jumpa Unit Trust atau Share Stock dekat akhirat nanti? Wallahualam tak ada pulak sebut dalam Al-Quran atau Hadith nabi macam emas ni. Hehe.

Tapi yang pasti, bukan takat kita kena beramal soleh untuk dapatkan ganjaran emas ni kat akhirat nanti, tapi kat dunia ni pun penting sebenarnya kita mengumpul harta dan kekayaan dalam bentuk emas. Rasulullah sendiri pun pernah cakap pasal betapa pentingnya emas ni terutama untuk kita, umat akhir zaman ni.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau terdengar Rasulullah SAW bersabda;

Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (silver) untuk digunakan

                                                                                   -Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Jelas sekali, Rasulullah pun seru umatnya untuk simpan emas menandakan yang bila-bila masa saja system kewangan yang kita ada sekarang ni boleh crash down dan tak reliable langsung!!

Emas pula? Reliable ke tak? Kalau guna emas sebagai currency, boleh crash down juga ke tak? Itu saya akan cerita lebih lanjut dalam entry yang akan datang. Tapi buat masa sekarang, video kat bawah ni lebih dari cukup untuk bagi jawapan kat soalan di atas. Enjoy! 






P/S: Sebarang pertanyaan lanjut pasal emas, boleh call/sms 013-7144547 atau email ke hartagolden@gmail.com. Or kindly leave a comment here! Selamat berpuasa! Terima kasih!